Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Cucu Mahatma Gandhi tolak bertanding jawatan presiden

    NEW DELHI, 21 JUN – Cucu kepada pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, tidak akan bertanding dalam perebutan jawatan presiden selepas namanya dicadangkan oleh pakatan parti pembangkang.

    Gopalkrishna Gandhi, 77, seorang diplomat yang kini menjadi ahli politik berkata dia menolak permintaan perikatan 17 parti untuk menjadi calon mereka.

    “Saya berterima kasih kepada mereka tetapi selepas mempertimbangkan perkara ini secara mendalam, saya melihat bahawa calon pembangkang harus menjadi seorang yang mampu menjana kesepakatan nasional dan suasana nasional di samping perpaduan pembangkang,” kata Gopalkrishna dalam satu kenyataan semalam.

    Penggubal undang-undang negara dan negeri dijadualkan akan mengundi presiden baharu pada 18 Julai.

    Ketua negara India mempunyai kuasa perlembagaan tertentu namun sebahagian besarnya bertindak atas nasihat kerajaan, menjadikannya lebih kepada kedudukan gelaran.

    Parti Bharatiya Janata (BJP) juga mengumumkan calonnya sendiri minggu ini dan mungkin sekali lagi mengemukakan penyandangnya, Ram Nath Kovind, ahli komuniti Dalit terpinggir India, untuk berkhidmat satu penggal lagi.

    Gopalkrishna, yang merupakan gabenor di wilayah Benggala Barat antara 2004 dan 2009 selepas dilantik oleh parti Kongres yang memerintah ketika itu, bertanding untuk jawatan naib presiden pada 2017 namun tewas kepada calon BJP.

    Dia dianggap sebagai pengkritik lantang terhadap dasar nasionalis parti pimpinan Modi dan mendakwa kerajaan menghancurkan perbezaan pendapat dalam demokrasi terbesar di dunia itu.

    Gopalkrishna adalah individu ketiga yang menolak tawaran
    pembangkang untuk menjadi calon mereka.- AFP

    Gopalkrishna merupakan individu ketiga yang menolak tawaran pembangkang untuk menjadi calon mereka.- AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...