Dalam usaha menyuntik semangat Hari Raya Aidilfitri dan memeriahkan lagi suasana, NBT Brunei Sdn Bhd setiap tahun memaparkan struktur dekorasi menarik dan tahun ini, ia menampilkan struktur bunga tradisi berwarna-warni di samping ketupat, bulan sabit dan tulisan Selamat Hari Raya, bergemerlapan terutamanya pada waktu malam.
Orang ramai dialu-alukan untuk merakamkan gambar dan swafoto bermula 1 Syawal sehingga penghujung Syawal kelak. – Gambar oleh Muiz Matdani