Cukai boleh dibayar melalui sistem STARS

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Bagi sebarang cukai yang terpaksa dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan, ia masih dapat dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan sistem STARS iaitu System for Tax Administration and Revenue Services.

Kemudahan perkhidmatan secara dalam talian berkenaan telah diperkenalkan sejak dahulu lagi iaitu sebelum negara berhadapan dengan gelombang kedua penularan wabak COVID-19.

Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media jangkitan COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada petang tadi.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menekankan bahawa pembayaran cukai yang telah ditetapkan itu mestilah dibayar dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan terdapatnya kemudahan pembayaran secara dalam talian disediakan.