Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cungkil bakat pidato Bahasa Arab

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Awang Muhammad Adi Afham bin Ramlan dari Mahad Islam Brunei dan Dayang Halwa Amniah binti Haji Mohamad Azmi dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi Kategori A dan Kategori B dalam Peraduan Pidato Bahasa Arab Peringkat Akhir Negara ke-10 tahun 1440H/2018M yang diadakan di Surau An-Nur, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, di ibu negara.

    Manakala itu, tempat kedua bagi Kategori A pula dimenangi oleh Awang Ahmad Dhabit bin Haji Abdul Lamit dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan diikuti oleh pelajar Sekolah Arab Belait, Awang Muhammad ‘Arief Zuhairi Chia bin Abdullah Syihab di tempat ketiga.

    Kategori B pula menyaksikan Dayang Nur Syarfa Syahzanani binti Ahmadyani dari Mahad Islam Brunei menduduki tempat kedua dan Dayang Nada Rahimah binti Haji Dolah dari Sekolah Arab Belait berada di tempat ketiga.

    Awang Muhammad Adi Afham menerima hadiah kemenangan daripada Hajah Norjarah.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam, Hajah Norjarah binti Haji Luidin.

    Dalam pertandingan tersebut, empat orang peserta bagi setiap kategori telah mara ke peringkat akhir dan para peserta terdiri daripada penuntut Tahun 7 dan 8 di sekolah-sekolah Arab seluruh negara.

    Peraduan ini bertujuan untuk mendidik, mengasah, mencungkil bakat dan memupuk minat pelajar-pelajar dalam berpidato daripada peringkat menengah rendah hingga menengah atas di samping membiasakan dan membudayakan pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan para pelajar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda