Cunha rangkul emas acara maraton 

TOKYO, 4 OGOS – Ana Marceela Cunha dari Brazil memenangi emas acara renang 10 kilometer maraton wanita di Olimpik Tokyo, hari ini.

Marceela tiba di garisan penamat dengan catatan masa satu jam 59 minit 30.8 saat, lapor Agensi Berita Xinhua. 

Pingat perak menjadi milik perenang Belanda, Aharron Van Rouwendaal, dengan  1:59:31.7 saat manakala gangsa diraih atlet Australia Kareena Lee. – Bernama