Curi anak damit takut suami marah

HANOI, 2011 – Seorang wanita yang mengaku mencuri seorang anak damit lelaki dari sebuah hospital telah memberitahu polis dia melakukannya untuk mententeramkan suaminya dengan berpura-pura anak damit itu sebagai anaknya sendiri, media setempat melaporkan.

Polis menangkap Nguyen Thi Le, 29, di Hanoi, akhbar Tuoi Tre melaporkan. Dia dituduh menculik anak damit berusia dua hari pada masa itu dari ibunya, Tran Thi Thom, 34, dengan menyamar sebagai jururawat dan berpura-pura membawa anak itu bagi ujian darah.

Menurut laporan itu, Le memberitahu polis dia mencuri anak itu selepas dia melahirkan anak damit lahir mati pada 25 Oktober 2011, bimbang dengan reaksi suaminya, yang tidak hadir pada kelahiran itu, Le memberitahu dia melahirkan anak lelaki.

Selepas mencuri seragam seorang jururawat dari ampaian, Le membawa anak yang dicuri itu kepada keluarga suaminya di bandar daerah Dong Anh, dan berpura-pura itu adalah anaknya.

Hospital memberitahu polis, yang mengesan Le selepas menerima maklumat dari pemandu teksi yang membawanya balik.

Anak damit itu dalam keadaan sihat apabila ditemui dan dikembalikan kepada ibunya, menurut laporan itu.