Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Dua lelaki dihukum penjara

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Dua lelaki tempatan yang disabit atas kesalahan mencuri telah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret.

    Arman bin Haji Aban, 35, dipenjara enam bulan oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman manakala Alidin bin Ahmad, 33, dijatuhi empat bulan penjara.

    Kedua-dua tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan mencuri pemampat jet air milik BNG (B) Sdn Bhd di tapak pembinaan Jambatan Sungai Kebun.

    Arman juga disabit dengan kesalahan mencuri mesin kimpalan, tangga aluminium, tukul, alat pemadam api, rantai blok Toho dan enam keping papan milik BNG (B) Sdn Bhd.

    Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac dan April 2016 di kawasan tapak pembinaan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda