Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Lelaki dihukum penjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan dua sebatan ke atas lelaki tempatan berusia 32 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan curi dan melakukan khianat.

    Awang Mohd Khairul bin Awang Haji Salim juga bersetuju dengan fakta kes yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya Syazwani Jumat semasa ia dibacakan kepadanya.

    Majistret, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengarkan bahawa defendan menolak basikalnya berhampiran kedai dobi di Kampung Mulaut pada pukul 4 pagi, 4 September lalu apabila dia bertindak melakukan kesalahan itu.

    Tertuduh menggelongsor membuka pintu, memecah masuk ke kedai dobi dan menghampiri mesin pertukaran token.

    Dia kemudiannya mengambil beberapa jenis peralatan, memecahkan kekunci ke mesin pertukaran token dan mengosongkan lacinya untuk mendapatkan wang tunai sebanyak $150.

    Tertuduh kemudian melemparkan kekunci ke dalam bakul pakaian dan beredar pergi.
    Pada waktu pagi, pemilik kedai dobi dimaklumkan bahawa mesin telah rosak dan memeriksanya sendiri hanya untuk mendapati ia benar berlaku dan wang tunai telah hilang dari lacinya.

    Pemilik kedai tersebut lantas membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan defendan, dengan bantuan kamera CCTV dobi.

    Tertuduh juga telah mengakibatkan kerugian kira-kira $500 disebabkan pencurian tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda