Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi lukisan guna bahan letupan, lelaki ditahan

    THE HAGUE, 5 NOV – Polis Belanda hari ini berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pencurian dua karya seni oleh artis terkenal Andy Warhol, yang dicuri minggu lalu dengan menggunakan bahan letupan.

    Pegawai telah menyerbu beberapa lokasi dan menahan suspek berusia 23 tahun, yang kini berada dalam tahanan bersendirian dan hanya dibenarkan berhubung dengan peguamnya.

    Polis tidak mendedahkan sama ada karya seni yang dicuri telah ditemui.

    Kecurian berlaku antara malam Khamis dan Jumaat, dengan bahan letupan kuat digunakan untuk memecah masuk ke Galeri MPV di Oisterwijk, selatan Belanda.

    Dua cetakan skrin karya Warhol, yang memaparkan mendiang Ratu Elizabeth II dari United Kingdom dan Ratu Margrethe II dari Denmark, telah dicuri. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda