Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Curi: Pengawal keselamatan dipenjara tiga tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Mahkamah Perantaraan, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun lapan bulan terhadap seorang pengawal keselamatan sekolah selepas dia mengaku bersalah menceroboh sekolah tempatnya pernah bekerja.

    Pendakwa Raya Nur Zahidah Farhanah Abdul Aziz dan Sabrina Haji Mahmud mendedahkan di mahkamah bagaimana Hamzah bin Haji Abu Samah melakukan kesalahan itu.

    Hakim Radin Safiee Radin Mas Basiuni mendengar Hamzah pernah ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) dan dipindahkan ke Sekolah Menengah Menglait pada Januari.

    Pada Februari, Hamzah teringat dia masih menyimpan kunci bilik peperiksaan sekolah lamanya itu, dan kembali ke sana untuk mendapatkan wang tunai. Bilik itu juga digunakan sebagai bilik kakitangan di mana guru biasanya menyimpan barang-barang mereka.

    Defendan kembali ke bilik itu pada Julai dan mencuri wang tunai berjumlah $150 dan sekali lagi pada September untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai.

    Memandangkan pengetua sekolah menerima aduan daripada guru sejak defendan melakukan perbuatan itu buat kali kedua, bahawa mereka telah kehilangan wang daripada tempat penyimpanan di dalam bilik, guru tersebut mula memasang kamera CCTV pada 3 Oktober dan memeriksa rakamannya pada 14 Oktober.

    Ketika itulah mereka melihat perbuatan defendan menerusi rakaman lalu dilaporkan kepada polis yang akhirnya membawa kepada penahanannya. Defendan mengaku terlupa memulangkan kunci sekolah dan mengambil kesempatan. Wang tunai kira-kira $700 yang dicuri gagal ditemuikan semula, di mana defendan berkata dia telah membelanjakan semuanya untuk dirinya sendiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...