Curi perhatian peminat

Khas buat peminat EXO, EXO kini kembali muncul dengan album keenam mereka berjudul ‘Obsession’.

Apa yang menarik lagi apabila agensi naungan EXO sendiri iaitu SM Entertainment baharu sahaja berkongsi beberapa foto secara eksklusif di sebalik penggambaran muzik video tersebut. Menerusi laman sosial Twitter rasmi EXO, SM Entertaiment membelanjakan peminat dengan foto-foto tampan idola ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Suho, Baekhyun, Chen, Chanyeol, Kai dan Sehun.

Berbanding ahli kumpulan yang lain, ternyata penampilan Chanyeol berjaya mencuri perhatian ramai apabila jelas terpancar ‘jambunya’. Ini kerana ketika penggambaran berlangsung, Chanyeol menggayakan busana berwarna merah jambu selain rambutnya turut diwarnakan dengan warna merah jambu ‘pastel’. – Agensi

Berbanding ahli kumpulan yang lain, ternyata penampilan Chanyeol berjaya mencuri perhatian ramai apabila jelas terpancar ‘jambunya’. – Agensi