Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Tertuduh dipenjara 4 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Seorang lelaki yang cuba menjual barang curi dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Hukuman ke atas Awangku Mohd Aliyul Azizul Azim bin Pengiran Shahri, 24, dibuat Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain setelah mendapatinya bersalah selepas perbicaraan. Tertuduh didapati cuba menjual barang curi berupa telefon iPhone 6 pada harga $580 dengan mengiklankannya dalam media sosial, Facebook.

    Selepas mendapat seorang pembeli, tertuduh bersetuju berjumpa di kawasan letak kereta di Serusop. Ketika meneliti telefon itu, pembeli terus menyedarinya ia milik salah seorang daripada ahli keluarganya.

    Tertuduh menafikan yang telefon itu adalah barang curi namun pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh adalah saksi dalam kes curi telefon tersebut. Kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor’ Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda