Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curiga AS tak pernah padam

    NEW YORK, 12 Mei – Rumah Putih berhadapan kritikan kemungkinan berlaku pencerobohan selepas membenarkan jurugambar perkhidmatan berita Rusia memasuki Pejabat Oval untuk merakamkan gambar Presiden Donald Trump dan dua orang pegawai atasan Rusia.

    Walaupun pentadbiran tidak mengendahkan ancaman, pegawai kanan mengakui Rumah Putih keliru mengenai peranan jurugambar berkenaan, yang sebenarnya bekerja dengan agensi berita dikendalikan kerajaan.

    Jurugambar itu yang berdiri tidak jauh dari Trump ketika beliau berbual dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Duta Rusia ke AS Sergey Kislyak, memberitahu Rumah Putih, beliau adalah jurugambar rasmi Lavrov.

    Namun, Kislyak tidak memberitahu beliau juga bekerja untuk agensi berita Tass.

    (Dari kiri) Lavrov, Trump dan Kislyak selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Oval Rumah Putih pada 10 Mei lalu. – AP
    (Dari kiri) Lavrov, Trump dan Kislyak selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Oval Rumah Putih pada 10 Mei lalu. – AP

    Pegawai Rumah Putih terkejut apabila gambar menunjukkan detik ceria antara Trump dan dua pegawai Rusia itu muncul di atas talian tidak lama selepas pertemuan terbabit.

    Gambar itu menyebabkan sebahagian pemerhati bimbang terutama ia berlaku sehari selepas Trump memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang menyiasat sama ada kempen Trump ada kaitan dengan pegawai Rusia.

    Media AS bagaimanapun, tidak pernah melihat warga Rusia di dalam Rumah Putih. Apabila wartawan dibenarkan masuk ke Pejabat Oval selepas mesyuarat itu, Lavrov dan Kislyak pula sudah pergi tetapi bekas Setiausaha Negara Henry Kissinger sebaliknya bersama Trump. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda