BOSTON, 10 JUN – Bintang pemain Golden State Warriors, Stephen Curry hari ini mengesahkan dia akan beraksi dalam perlawanan akhir NBA perlawanan keempat, walaupun mengalami kecederaan kaki selepas perlawanan ketiga ketika pasukannya tewas di tangan Boston Celtics.
“Saya akan bermain,” kata Curry semasa menjalani latihan hari ini. “Itulah yang saya tahu buat pada masa ini.”
Warriors ketinggalan 2-1 dalam siri kejohanan terbaik daripada tujuh perlawanan menuju perlawanan keempat di TD Garden, Boston.
Curry adalah salah seorang pemain utama Warriors yang diketepikan beberapa minit terakhir menentang Boston untuk merangkul kemenangan 116-100.
Dia mengetuai pasukannya dengan memperoleh 31 mata sebelum me-ngalami kecederaan pada kakinya ketika dia dihimpit oleh beberapa pemain yang mengejar bola lepas.
Sementara itu, Curry berkata kecederaan tersebut mengingatkan tentang kecederaan pada Mac lalu dan dia tidak melakukan pemeriksaan pada kakinya itu.
“Kerana saya telah melalui perkara yang pernah berlaku sebelum ini dalam musim biasa dan kembali beraksi, saya tahu mengenainya dan bertahan dengan tahap kesakitan yang dirasakan,” kata Curry.
“Setelah saya mendapatkan pemeriksaan semalam, saya tahu saya tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan lanjutan kerana pernah melalui kecederaan seperti ini,” tambahnya.
Curry juga mengongsikan bahawa antara rawatan yang dijalankannya setakat ini termasuk dengan mendapatkan tidur yang cukup, beberapa kali berendam dalam baldi ais. – AFP