Curry buru rekod jaringan NBA

LOS ANGELES, 9 DIS – Bintang Golden State Stephen Curry menjaringkan 22 mata, melakukan enam lontaran dari jauh untuk menghampiri 10 mata rekod NBA yang dicatat oleh Ray Allen dalam kemenangan Warriors 104-94 ke atas Portland Trail Blazers semalam.

Curry berjaya membuat enam daripada 17 percubaan lontaran dari jarak jauh, terlepas empat percubaan pertama di luar lengkung gelanggang.

Pungutan 22 mata diraih Curry memimpin Warriors dalam kemenangan ketiga mereka musim ini, tetapi dia tidak kelihatan seperti mempamerkan semangat yang diperlukan untuk mengatasi 2,973 mata three-pointers oleh Allen dari 1996 hingga 2014.

Curry mungkin perlu mengatasi rekod 14 mata three-pointer dalam satu perlawanan yang dicatat oleh rakan sepasukan Klay Thompson hanya untuk menyaingi rekod Allen.

Sebaliknya, dia semakin hampir dengan membawa jumlah mata mencecah 2,964. Dia akan meneruskan misi buruannya apabila Warriors melawat Philadelphia 76ers pada Sabtu ini.

“Ia menakjubkan,” kata rakan sepasukan Curry, Draymond Green mengenai usaha Pemain Paling Berharga NBA itu untuk memecah rekod three-pointer, yang dicapai dengan Warriors memimpin liga dengan rekod 21-4.

“Bagi saya, saya cuba memberikan hantaran kepadanya, memberikannya seberapa banyak lontaran – jelasnya tanpa menjejas perlawanan.”

Golden State mendahului 47-45 pada separuh masa pertama dan jurulatih Warriors Steve Kerr berasa puas hati melihat pemainnya menghasilkan satu kemenangan meskipun hanya menjaring 39.8 peratus dari gelanggang. – AFP

Aksi Stephen Curry semasa membuat lontaran three-pointer ke atas pemain Portland Trail Blazers, Norman Powell dalam perlawanan NBA di Chase Center, San Francisco, California pada 8 Disember. – AFP