Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Curry, durant mendahului undian NBA All-Star

    NEW YORK, 7 JAN – Pemain pertahanan Golden State Warriors, Stephen Curry dan pemain penyerang Brooklyn Nets, Kevin Durant mendahului keputusan pertama undian peminat untuk NBA All-Star Game diumumkan kelmarin oleh pihak liga.

    Dua kali Pemain Paling Berharga (MVP) NBA dan tiga kali juara NBA, Curry, bulan lepas telah memecahkan rekod karier NBA dalam menjaringkan tiga mata ke-2,974, berada di hadapan dengan mendahului undian di Western Conference dengan 2,584,623 undian.

    Penjaring pendahulu NBA, Durant, MVP NBA 2014 dan dua kali juara NBA bersama Curry di Warriors, mendahului di Eastern Conference dengan 2,360,435 undian.

    Perlawanan All-Star NBA ke-71 akan diadakan pada 20 Februari di Cleveland. Pengundian tersebut untuk memutuskan pemain All-Star termasuk 50 peratus daripada penyokong dan 25 peratus daripada pemain dan panel media.

    Kapten pasukan akan menjadi pemain yang mengetuai setiap persidangan dalam pengundian. Mereka akan memilih senarai pemain daripada nama yang tersedia tanpa mengira conference.

    Bintang pemain Lakers Los Angeles, LeBron James, empat kali MVP dan empat kali juara liga, mendahului Western Conference dengan 2,018,725 undian.

    Undian di Eastern Conference didahului oleh pemain Chicago, DeMar DeRozan dengan 1,487,598 undian, yang minggu lalu menjaringkan percubaan tiga mata dan memenangi perlawanan pada buzzer akhir dua malam berturut-turut, pencapaian NBA yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Dalam undian untuk kumpulan tempat permulaan perlawanan NBA All-Star, Durant ketinggalan dalam pengundian di belakang bintang Greece, Giannis Antetokounmpo, juara bertahan Milwaukee Bucks, yang menduduki tempat ketiga dalam undian keseluruhan dengan 2,145,835. – AFP

    Stephen Curry (tengah) dari Golden State Warriors menentang Reggie Bullock dari Dallas Mavericks pada suku ketiga di American Airlines Center, 5 Januari di Dallas, Texas. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...