LOS ANGELES, 21 MEI – Stephen Curry memburu anugerah ketiganya dan Nikola Jokic dan Joel Embiid menyasarkan anugerah pertama mereka setelah NBA mengumumkan tiga finalis Pemain Paling Berharga (MVP) semalam.
Pemain Golden State Warriors All-Star, Curry berharap dapat menambah anugerah MVP yang dimenanginya pada tahun 2015 dan 2016, sementara pemain Philadelphia 76ers, Embiid atau Denok Nuggets ‘Jokic akan menjadi pemain tengah pertama sejak Shaquille O’Neal pada tahun 2000 untuk memenangi anugerah itu.
Sekiranya mereka menamatkan saingan 1-2, Jokic dari Serbia dan Embiid dari Cameroon akan menjadi pemain antarabangsa pertama yang melakukannya sejak 2006-2007 ketika pemain Jerman, Dirk Nowitzki memenangi anugerah itu dan Steve Nash dari Kanada sebagai naib juara.
NBA juga mengumumkan finalis untuk lima anugerah lain musim ini iaitu Anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan, Pemain Pertahanan Terbaik Tahunan, Pemain Paling Meningkat, Pemain Terbaik Tahunan dan Anugerah Sixth Man.
Curry mendahului dalam beberapa kategori jaringan dan mencatat rekod bersama Warriors. Beliau menjadi pemain tertua yang memimpin liga dalam menjaringkan mata sejak Michael Jordan, dengan 32 mata setiap perlawanan. Beliau juga mendahului liga dengan jaringan tiga mata terbanyak dan menduduki tempat kedua sepanjang masa bagi jaringan tiga mata.
Curry juga memecahkan rekod Warriors sepanjang masa dalam menjaringkan mata dan rekod assist.
Jokic dianggap sebagai pendahulu oleh beberapa orang untuk anugerah individu tertinggi liga. Beliau menikmati salah satu musim ofensif terbaik dalam sejarah NBA, dengan purata jaringan 26.4 mata, 10.8 rebound dan 8.3 assist. – AFP
