Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curry julang Warriors tundukkan Wizards

    OAKLAND, Amerika Syarikat (AS), 25 Okt – Stephen Curry mencatatkan 11 jaringan tiga mata dalam laluan bagi menghasilkan 51 mata ketika pasukan Golden State Warriors menewaskan Washington Wizards 144-122 awal pagi tadi.

    Curry pemenang dua kali Pemain Paling Bernilai (MVP) melonjak tangga kelima dalam senarai jaringan three point sepanjang masa liga dan mendengarkan laungan ‘M.V.P.’ dari penyokong Warriors.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan apa yang saya saksikan malam ini, luar biasa, ia seperti permainan video,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Tidak seorang pun pernah melakukan apa yang dilakukannya.”

    Curry, yang beraksi tiga suku menentang Wizards semalam, menghasilkan jaringan tiga mata ke-11 dari jarak 32 kaki lewat suku ketiga.

    “Untuk mencatatkan kegemilangan seperti malam ini di mana segalanya berjalan lancar, saya hanya mahu mendapatkannya,” kata Curry, yang sekarang mencatatkan 2,162 jaringan tiga matasepanjang kerjayanya.

    Curry membawa bola semasa perlawanan menentang Washington Wizards di Arena ORACLE di Oakland, California, kelmarin.

    “Saya bekerja keras pada musim panas dan saya mendapatkan sekumpulan pemain yang hebat yang mana saya perlu bekerja keras pada setiap malam.

    “Saya hanya beraksi dengan keyakinan dan beraksi dengan kepercayaan diri.”

    Ia menandakan kerjaya keenamnya bagi 50 mata dan menamatkan dengan ketinggalan tiga dari kerjayanya apabila menjaringkan 54 mata ke atas New York pada 2013.

    Curry mencatatkan lontaran 15 untuk 24 dari gelanggang, 11 untuk 16 dari luar petak dan 10 untuk 10 dari garisan lontaran percuma. Dia mencatatkan lima rebound dan tiga assist dalam 32 minit aksinya.

    “Tiga terakhir dalam suku pertama adalah perkara yang lucu saya alami di atas gelanggang,” kata Curry.

    “Dua pemain dalam pasukan kami melaungkan pada masa yang sama, dari masa saya berada di garisan lontaran bebas: ‘Jangan lakukan hantaran. Lebih baik jaringkannya’,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda