Curry mula jalani latihan penuh

SAN FRANCISCO, 24 FEB – Bintang Golden State, Stephen Curry (gambar kanan) mula mengambil bahagian dalam latihan penuh pertama beliau setelah kecederaan patah tangan kiri pada bulan Oktober lalu dan kini beliau meramal akan kembali ke gelanggang NBA pada 1 Mac nanti.

“Beliau mendapat tepukan gemuruh apabila saya memberitahu beliau akan kembali bersama kita,” ketua jurulatih Warriors, Steve Kerr memberitahu wartawan.

“Semua orang merasa teruja. Ini akan menjadi sesuatu yang baik untuk pemain muda kami untuk merasai bagaimana perasaan bermain dengan beliau, dan sebaliknya.”

Curry, 31, terpaksa menjalani pembedahan selepas tulang tangan kiri beliau patah dalam perlawanan menentang Phoenix Suns pada 30 Oktober lalu.

Walaupun tarikh kembali masih belum ditetapkan tetapi, Curry memberi bayangan bahawa dia akan bermain bersama Warriors pada 1 Mac nanti menentang Washington Wizards.

Curry berkata beliau mengalami kecederaan saraf di bahagian tangan yang tidak digunakan untuk bermain tetapi ia akan mengganggu permainannya.

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan normal seperti ini,” kata Curry.

“Ia sememangnya terasa sedikit lain dari sebelah kanan, tapi kita boleh mencuba untuk membiasakannya di tahap apabila anda bermain bola keranjang, anda tidak lagi memikirkannya.” – AFP