Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curry: Protes berlutut tidak produktif

    SHANGHAI, 8 Okt – MVP dua kali, Stephen Curry semalam berkata ia adalah ‘tidak produktif’ bagi pemain-pemain NBA untuk mengikuti rakan merea di NFL dengan berlutut sebagai protes ketika lagu kebangsaan.

    Berpuluh pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) berlutut ketika lagu kebangsaan dalam membantah Presiden AS, Donald Trump, yang dua minggu lalu mengkritik amalan tersebut sebagai satu penghinaan kepada negara.

    Bekas pemain quarterback NFL, Colin Kaepernick pertama kali memulakan perkara itu pada tahun lepas untuk menunjukkan layanan tidak adil terhadap rakyat Afrika-Amerika. Curry sebelum ini berkata dia tidak mahu menghadiri kunjungan dari juara bertahan NBA, Golden State Warriors ke Rumah Putih kerana dasar Trump, yang menyebabkan presiden itu untuk membatalkan jemputan keseluruhan pasukan itu dalam kemarahan menerusi Twitter.

    “Luar dari segalanya, bagi saya, adalah seperti tidak produktif,” kata Curry apabila ditanya mengenai kemungkinan bantahan lagu kebangsaan dalam NBA.

    Curry, yang bersama Warriors berada di Shanghai bagi perlawanan kedua pra musim di China menentang Minnesota Timberwolves, berkata terdapat cara yang lebih baik, saeperti aktif dalam komuniti mereka, bagi pemain untuk memastikan pandangan mereka dilihat.

    “Pada akhirnya, kita sebagai individu mempunyai peluang untuk mempamerkan keindahan dan kecintaan, dengan bagaimana kita melihat sesama sendiri dan apa yang kita pertahankan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda