Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Curry, Thompson bantu Warriors belasah Pistons

    SAN FRANCISCO, 19 JAN – Klay Thompson berjaya menjaringkan 21 mata, manakala Stephen Curry menambah 18 mata ketika pasukan Golden State Warriors kembali dari perjalanan sukar untuk mengalahkan Detroit Pistons 102-86, malam kelmarin.

    “Saya menikmati malam yang hebat hari ini, berharap saya dapat membuat beberapa jaringan lagi, tetapi saya hanya menikmati perlawanan ini, ia sangat seronok,” kata Thompson, yang mengetahui bahawa dirinya akan kembali mendapatkan semula rentak permainan tepat pada masanya.

    “Saya tidak kisah jika terlepas 100 jaringan berturut-turut, saya tidak akan pernah berhenti untuk menjaringkan mata. Saya sangat sukakannya dan saya bekerja keras untuk tidak terlepas daripada menjaringkan gol.”

    Curry, kembali selepas terlepas daripada beraksi satu perlawanan, menjaringkan enam untuk 11 dan menambah empat jaringan three-point serta menyumbang lapan assist.

    Dia terjatuh dan mengalami kecederaan pada tangan kanannya ketika raih kemenangan di Chicago pada Jumaat lalu, kemudian terlepas perlawanan Ahad semasa kekalahan 119-99 kepada Minnesota.

    “Ia berlaku dengan cepat,” kata ahli pasukannya, Andrew Wiggins ketika Splash Brothers menguasai permainan. “Mereka sangat pantas. Apabila mereka melakukannya, hampir mustahil untuk menghalangnya.”

    Wiggins menjaringkan 19 mata untuk pasukan Warriors yang gembira bermain di tempat sendiri selepas kalah lima daripada tujuh perlawanan, termasuk tiga daripada empat perlawanan di gelanggang lawan.

    Thompson, mendapat sorakan daripada penonton Chase Center setiap kali dia kembali ke dalam permainan, terlepas dua jaringan awalnya sebelum berjaya menjaringkan mata dalam perlawanan kedua di laman sendiri sejak kembali dari dua kecederaan dan pembedahan yang memerlukan dua tahun setengah untuk kembali.

    “Ia sangat bagus. Itu mungkin prestasi permainan terbaiknya dalam banyak perlawanan yang dimainkan olehnya,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Seronok melihat dia bersemangat dan mendengar penonton bersorak di belakangnya.” – AP

    Reaksi Klay Thompson dengan Stephen Curry selepas Thompson menjaringkan mata menentang Detroit Pistons semasa separuh masa pertama permainan NBA di San Francisco, 18 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...