Curry wira kebangkitan Warriors

SAN FRANCISCO, 17 Mei – Stephen Curry menjaringkan 37 mata ketika Golden State Warriors bangkit menewaskan Portland Trail Blazers 114-111 dan memperoleh kelebihan 2-0 dalam siri final Western Conference pagi tadi.

Curry mencetuskan rentetan jaringan 14-3 untuk Warriors ketika juara NBA itu menterbalikkan defisit 108-100 semasa perlawanan hanya berbaki empat minit dalam satu perlawanan yang mendebarkan di Oracle Arena.

Dalam aksi awal, Trail Blazers mendahului sehingga 17 mata di awal separuh masa kedua, hanya mendapati Warriors mula mempamerkan serangan.

Warriors meletus dengan 39 mata pada suku ketiga untuk membawa mereka kembali dalam persaingan tetapi Blazers, yang diterajui Damian Lillard, enggan mengalah.

Satu jaringan 3-mata Meyers Leonard meletakkan Blazers lapan mata di depan pada hujung suku keempat tetapi Curry mula menguasai permainan selepas itu.

Tiga lontaran bebas daripada Curry meletakkan Warriors bagi pendahuluan tipis 110-108, sebelum satu jaringan 3-mata daripada adik Curry, Seth telah memberikan Blazers pendahuluan 111-110.

Satu dunk Kevon Looney kembali meletakkan Warriors di depan ketika perlawanan berbaki 52 saat sebelum Draymon Green mengesahkan kemenangan ketika aksi hanya berbaki 12 saat.

Ia merupakan satu lagi persembahan hebat Curry, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kevin Durant kerana cedera, untuk menghasilkan lebih 30 mata berturut-turut dalam dua perlawanan pembukaan siri final. – AFP

Stephen Curry (kanan) cuba membuat jaringan sambil dihalang oleh pemain Blazers di final Wester Conference. – AP