Curtin Malaysia meterai MoU dengan universiti Indonesia

MIRI, 22 JUN – Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia), baru-baru ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama jangka masa panjang bersama Parahyangan Catholic University yang juga dikenali sebagai Universitas Katolik Parahyangan (UNPAR) di Bandung, Indonesia.

Majlis penandatanganan maya telah diadakan di mana Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia, Profesor Leunig dan Rektor UNPAR, Mangadar Situmorang, PhD, menandatangani bagi pihak universiti masing-masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Curtin Malaysia, MoU berkenaan menyediakan rangka kerja bagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk aktiviti-aktiviti pendidikan dan penyelidikan bersama, pertukaran kakitangan dan pelajar, pertukaran bahan-bahan dan penerbitan akademik serta penganjuran bersama persidangabn-persidangan akademik dan saintifik.

Perwakilan-perwakilan Malaysia dan UNPAR semasa majlis penandatanganan MoU secara maya itu. – Gambar serahan Curtin Malaysia