MIRI – Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) kini memperkenalkan tiga kursus pengajian baharu yang akan dimulakan pada semester kedua bulan Julai tahun ini.
Kursus-kursus tersebut adalah Pengurusan Pembinaan, Sekuriti Siber dan Kejuruteraan Perisian di mana kursus-kursus baharu ini semakin terkenal khususnya untuk memenuhi permintaan industri yang tinggi, termasuk ekonomi digital Sarawak dan Industri 4.0.
Kursus Ijazah dalam Pengurusan Pembinaan ini memakan masa selama empat tahun pengajian dan direka bentuk khas dengan kerjasama beberapa orang profesional dalam industri pembinaan, menyediakan penuntut ruang lingkup yang besar dalam meneroka lagi peranan dalam profesion bidang yang diceburi seperti reka bentuk bangunan dan sebagainya.
Kursus ini mengutamakan pengurusan yang berorientasikan aspek-aspek antarabangsa dan bersangkut paut dengan disiplin, domestik, komersial dan kejuruteraan awam.
Mata pelajaran utama dalam kursus ini termasuk teknologi pembinaan, penyukatan dan anggaran, projek pengurusan, pentadbiran kontrak dan undang-undang bangunan serta ekonomi.



Walaupun pada dasarnya, ia memfokuskan kepada bidang-bidang pembinaan, kepelbagaian komputer tetap sahaja menjadi kepentingan iaitu Information Modelling (BIM).
Para pelajar akan menjalankan penempatan kerja selama 80 hari untuk menimba ilmu pengetahuan bagi meningkatkan lagi kepakaran dan pengetahuan mereka.
Latihan dan praktikal
Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan, Dr Muhammad Ekhlasur Rahman bahawa kursus pengajian ini akan diajar oleh beberapa orang kumpulan daripada pelbagai profesion yang berkelayakan dan berpengalaman khususnya dalam disiplin bidang pembinaan dan kejuruteraan.
“Kursus ini merupakan lebih dari hanya satu ijazah, ia dapat memberikan para pelajar latihan praktikal dan pendidikan, khususnya dalam bidang pengurusan pembinaan dan sebagai pembelajaran bersepadu kerja yang sangat ditekankan. Para pelajar juga berpeluang untuk bekerja dan melawat tapak-tapak pembinaan,” tambah Dr Muhammad Ekhlasur Rahman lagi.
Kursus baharu ini telah diperakui oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dan diselenggarakan bersama dengan Institut Infrastruktur Bangunan Australia, Institut Juruukur Kuantiti Australia, Institut Royal Chartered Surveyors dan Perlembagaan Kuantiti Surveyors, Malaysia.
Kursus baharu ini sangat terkenal di Universiti Curtin, kampus utama cawangan Curtin di Perth, Australia dan dijangka akan turut terkenal di kawasan ini.
Para graduan akan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas seperti kuantiti dan juru ukur bangunan, kontraktor bangunan, pentadbiran kontrak, ketua pengurusan, ketua pembinaan, perangkaan dan ketua pengembangan hartanah.
Selain itu terdapat lagi kursus yang juga menarik, iaitu pengajian selama tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda dalam Sains (Komputer), Kejuruteraan dalam Perisian, satu lagi kursus yang menekankan mengenai kepakaran dan pembinaan satu ruang perisian.
“Kejuruteraan Perisian ini merangkumi pembelajaran aplikasi terhadap sistematik, disiplin dan pembangunan satu pendekatan, operasi dan pemuliharaan laman-laman perisian,” kata Pengawas Program dari Jabatan Elektrikal dan Kejuruteraan Komputer, Dr Ling Huo Chong.
“Ia bersangkut paut tentang penciptaan perisian berkualiti tinggi yang lebih bersistematik, terkawal dan efisien serta menambah satu dimensi baharu terhadap pembangunan teknologi perisian yang semakin berkembang setiap tahun, sekali gus menyebabkan transisi dalam arus teknologi informasi dan industri perhubungan,” tambahnya.

Melengkapi satu kriteria
Menurut Dr Ling lagi, kursus ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai kepakaran reka bentuk, sukatan dan analisis terhadap beberapa pengisian dalam beberapa sistem pembangunan teknologi IT.
“Pelajar akan dapat menerima satu asas dasar khususnya dalam pembelajaran komputer dengan menerapkan keperluan satu perisian, pengumpulan, reka bentuk, penggubalan dan percubaan. Mereka juga akan dapat memfokuskan terhadap kepakaran berkomunikasi, tanggungjawab profesion, etnik dan hubungan sesama manusia,” tambahnya lagi.
Dia turut menambah bahawa peluang pekerjaan dalam jurusan sebagai kejuruteraan perisian, pembangunan permainan digital, analisis sistem dan pembangunan aplikasi laman sesawang agak luas dan besar.
Selain itu, antara kursus baharu yang turut ditawarkan adalah Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sekuriti Siber (Komputer).
Ketika ini, permintaan terhadap pakar profesion dalam bidang ini sangat diperlukan apatah lagi sekarang ini, peningkatan teknologi yang semakin berkembang, justeru pakar yang arif dalam bidang ini diperlukan untuk membantu melindungi rangkaian, komputer, program dan data dari sebarang ancaman, kerosakan dan akses haram dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Jabatan Elektrikal dan Kejuruteraan Komputer, Dr Lenin Gopal berkata bahawa kursus ini sangat baik sebagai papan anjal untuk satu pekerjaan yang cemerlang kerana graduan yang mempunyai kepakaran dalam sekuriti siber amat diperlukan apatah lagi ketika ini, perkembangan industri teknologi yang semakin canggih dan moden.
“Graduan boleh mencari pekerjaan sebagai sekuriti siber di pelbagai agensi berikutan peningkatan gejala penggunaan komputer moden yang ada kalanya tidak terkawal dan merebak,” tambah Dr Lenin lagi.
Secara dasarnya, kursus ini akan memfokuskan terhadap kunci utama konsep dan cabaran dalam data serta sumber perlindungan, di mana para pelajar akan memeriksa terhadap tahap aspek praktikal tinggi dan rendah sekuriti setiap computer.
Mereka juga akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kepakaran mereka khasnya dalam mengenal pasti beberapa senario yang spesifik dan memahami budaya serta masalah etika dalam membantu melindungi hak seorang individu.
Graduan yang mengikuti kursus ini berpeluang untuk menjadi sebagai seorang analisis sekuriti siber, pakar analisis forensik komputer, pencipta perisian, penganalisis IT dan pembangunan laman sesawang serta sebagainya.