Curtin Malaysia, SM Pei Min jalin kerjasama

MIRI, 12 SEPT – Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan Sekolah Menengah Pei Min (SM Pei Min), sebuah sekolah Cina terkemuka di Miri, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi kerjasama dalam penyediaan haluan pendidikan tinggi untuk pelajar SM Pei Min dan peluang latihan, khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris untuk kakitangannya.

MoU itu termasuk usaha sama SM Pei Min untuk mempromosikan Curtin Malaysia sebagai institusi tertiari pilihan kepada pelajarnya. Universiti ini juga akan memberikan haluan yang sesuai untuk para pelajar mengikuti kursus Curtin serta kursus Bahasa Inggeris seperti Program Bahasa Inggeris Intensif (IEP).

Untuk menyediakan peluang ini, kedua-dua institusi ini akan meningkatkan kerjasama untuk memastikan para pelajar dan ibu bapa mendapatkan semua maklumat berkaitan yang mereka perlukan mengenai Curtin Malaysia dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Mereka juga akan mengadakan aktiviti akademik seperti perbincangan, bengkel, kem dan pertandingan untuk kakitangan dan pelajar sekolah supaya mereka dapat berinteraksi dengan kakitangan universiti dan pelajar, sekali gus dapat membina hubungan yang lebih dekat dengan universiti berkenaan.

Di samping itu, kakitangan Curtin Malaysia akan membantu sekolah tersebut dalam penyediaan khidmat bimbingan dan kursus kepada pelajar untuk membantu mereka membuat keputusan mengenai haluan kerjaya dan pilihan kursus.

Professor Giridharan (kiri) dan Wong Hin Chai ketika bertukar dokumen MoU.