Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curtin Malaysia tercalon dalam Anugerah IChemE Malaysia 2018

    CURTIN Malaysia baru-baru ini telah diumumkan sebagai finalis dalam kategori Anugerah Penuntut bagi Anugerah Institusi Jurutera Kimia Malaysia (IChemE) 2018.

    IChemE baru-baru ini telah mengumumkan calon-calon finalis bagi tahun 2018 dalam pelbagai kategori di mana sebanyak 38 penyertaan bersaing untuk memenangi trofi kecemerlangan dalam kejuruteraan kimia. Pemenang akan diumumkan pada 15 Oktober nanti di Hotel InterContinental di Kuala Lumpur.

    Anugerah pelajar ‘The Student Chapter’ yang mengiktiraf pencapaian signifikan pelajar kejuruteraan kimia di Malaysia, merupakan kategori baharu yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini.

    Inisiatif anugerah itu diperkenalkan bagi menyediakan platform untuk universiti-universiti di Malaysia bagi mempromosikan perkembangan terkini dalam profesion pelajar kejuruteraan kimia dan menyediakan pelbagai peluang rangkaian yang lebih profesional.

    Curtin Malaysia, Universiti Heriot-Watt Malaysia, Universiti Monash, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) adalah antara finalis dalam kategori pelajar yang mengiktiraf pencapaian projek atau kerja berpasukan para pelajar.

    Kejuruteraan kimia di Curtin Malaysia terus memperluaskan lagi program kejuruteraan kimia mereka kepada kejuruteraan petroleum dan program kejuruteraan alam sekitar.

    Pemenang Anugerah IChemE Malaysia secara automatiknya akan tersenarai dalam kategori yang sama di Anugerah Global IChemE yang akan diadakan di Manchester, United Kingdom pada 1 November nanti. Pemenang Anugerah Global itu nanti berkelayakan untuk menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam kejuruteraan kimia.

    Curtin Malaysia juga memenangi Anugerah Institusi Pelajar Cemerlang dalam Elektrik dan Elektronik (IEEE) dalam wilayah 10 Larry K.Wilson pada tahun 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada tahun 2016.

    “Kami mempunyai komuniti kejuruteraan dan sains yang dinamik serta telah berjaya membuktikan inovasi dan kecemerlangan yang sangat lazim dalam pengajaran serta penyelidikan melalui anugerah yang telah kami menangani,” katanya.

    Curtin Malaysia menjadi terkenal setelah memenangi IChemE, Medal McNab berprestij di United Kingdom untuk kecemerlangan dalam reka bentuk pada tahun 2007 dan merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang berjaya meraih pingat tersebut. Pada tahun 2014, Curtin Malaysia telah dianugerahkan Anugerah IChemE Malaysia untuk inovasi dan kecemerlangan.

    Kejuruteraan kimia di Curtin Malaysia terus memperluaskan lagi program kejuruteraan kimia mereka kepada kejuruteraan petroleum dan program kejuruteraan alam sekitar.

    Curtin Malaysia mendapat reputasi yang cemerlang dan satu-satunya universiti di timur Malaysia yang mendapat pujian lima bintang, kedudukan cemerlang dalam sistem pengiktirafan D-SETARA untuk program kejuruteraannya.

    Anugerah IChemE Malaysia meraikan kecemerlangan, inovasi dan pencapaian dalam industri kimia, proses dan biokimia. Bagi maklumat lanjut tentang anugerah ini, anda boleh melayari www.icheme.org/malaysiaawards.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda