Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuti sekolah bermula hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Berikutan perkembangan terkini COVID-19 seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kemungkinan jangkitan adalah terkawal dengan mengubah tarikh permulaan cuti penggal pertama persekolahan daripada 16 Mac kepada esok, 11 Mac.

    Kementerian Pendidikan dan KHEU dalam kenyataan bersama, hari ini, menjelaskan bahawa perubahan cuti ini akan melibatkan sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab, pusat tingkatan enam dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga sekolah-sekolah di bawah kawalan KHEU, sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah antarabangsa.

    Sesi persekolahan penggal kedua akan bermula seperti dijadualkan, walau bagaimanapun sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi media dan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.

    Kenyataan menambah, Kementerian Pendidikan dan KHEU dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan jangkitan dan menyarankan mengenai amalan menjaga kebersihan diri dengan baik.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 2382396 (waktu bekerja).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda