Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Cyprus mula projek saluran elektrik antara Asia dan Eropah

    NICOSIA, 16 OKT – Pembangunan saluran elektrik antara Asia dan Eropah dilancarkan pada satu acara yang berlangsung di Nicosia, Cyprus hari ini, sekali gus menandakan bermulanya projek bernilai sebanyak €$2.5 bilion (AS$2.4 bilion).

    Turut hadir pada acara tesebut Persuruhjaya Eropah bagi Tenaga Kadri Simson dan Presiden Cyprus Nicos Anastasiades.

    EuroAsia Interconnector tersebut akan menyambungkan grid elektrik Israel, Cyprus dan Greece selain menyalurkan bekalan elektrik daripada sumber boleh baharu di Israel ke Eropah, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah pada Jumaat, anggaran kos fasa pertama projek itu sebanyak AS$1.4 bilion yang menerima geran daripada Kesatuan Eropah (EU) sebanyak AS$638 juta menerusi Kemudahan Penyambungan Eropah (CEF) dan geran AS$97 juta daripada Kemudahan Pemulihan dan Ketahanan EU. Projek tersebut dijangka siap pada akhir 2026. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...