Selepas empat tahun bersama, D-Crunch mengumumkan kumpulan itu sudah terkubur dan mereka membawa haluan masing-masing.
Pegurus kumpulan berkenaan memberitahu keputusan itu dilakukan selepas tiga anggota D-Crunch memutuskan untuk bergerak secara solo.
Khabar sedih yang diumumkan itu menarik perhatian peminat yang rata-rata bersedih dengan berita tersebut.
“Kami membuat keputusan ini setelah berbincang dengan ahli yang ada untuk membubarkan kumpulan dan mereka semua bersetuju.
“Ini bukan keputusan yang gembira untuk diumumkan terutamanya kepada peminat,” katanya.
Pihak pengurusan D-Crunch turut memohon maaf kepada semua peminat dan meminta mereka untuk terus menyokong ahli kumpulan berkenaan dalam karier solo masing-masing.
“Kami minta maaf atas keputusan ini dan terima kasih juga kepada semua peminat kerana sentiasa menyokong perjalanan karier ahli kumpulan ini.
“Jangan pernah berhenti menyokong kerana mereka semua masih berada dalam industri tetapi sebagai artis solo dengan bidang dan projek berbeza,” katanya.
Dalam pada itu, akaun rasmi media sosial D-Crunch juga akan dipadam dalam masa terdekat dan berharap peminat dapat menerimanya.
Kumpulan D-Crunch sebelum ini mempunyai sembilan orang ahli tetapi tiga dari mereka memilih untuk keluar dan meneruskan karier sebagai penyanyi solo. – Agensi