Dadah: 2 warga asing ditangkap di Bali

DENPASAR, INDONESIA, 3 SEPT – Dua lelaki dari Britain dan Australia telah ditangkap di pulau peranginan Bali, Indonesia kerana memiliki methamphetamine dan ekstasi, kata polis hari ini.

Collum Park dari Britain telah ditahan malam Selasa bersama 11.8 gram methamphetamine dan 15 pil ekstasi, kata Ketua Polis Denpasar, Jansen Panjaitan dalam satu kenyataan. Park berada di Bali sejak 2019, katanya.

Polis berkata mereka menangkap suspek kedua, Aaron Wayne Coyle, seorang warga Australia yang tinggal di Bali sejak awal 2020 bersama 1.2 gram methamphetamine.

Berdasarkan siasatan, “Kami mensyaki warga Britain itu adalah pengedar dadah, manakala warga Australia itu adalah ‘keldai dadah’,” kata Panjaitan. – AP