Dadah 400 juta baht dirampas

NARATHIWAT, 3 SEPT – Polis Thailand berjaya merampas dadah bernilai lebih 400 juta baht (RM50.86 juta) yang dipercayai untuk diseludup ke negara ketiga melalui Malaysia dalam operasi selama sebulan di selatan Thailand.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Lt. Jen. Montri Yimyam berkata beberapa siri serbuan di 35 kawasan di empat wilayah di selatan membawa kepada rampasan 599 kilogram dadah jenis ‘ice’ dan heroin sebanyak 193 kilogram. – Bernama