JAKARTA, 9 MEI – Seorang pegawai tinggi polis Indonesia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini kerana mengedar 5 kilogram methamphetamine yang pada asalnya dirampas sebagai bukti jenayah.
Sebuah mahkamah di Jakarta telah mendapati, Teddy Minahasa Putra bersalah kerana mengarahkan pegawai bawahannya menukar dadah jenis methamphetamine dengan tawas kalium dalam komplot menjual dadah secara haram.
Putra, yang sebelum ini merupakan ketua polis wilayah Sumatera Barat, kemudian mengedar dadah berkenaan melalui perantara orang awam, kata mahkamah.
Peguam Putra memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa rayuan akan difailkan, lapor media tempatan.
Pendakwa raya memohon hukuman mati untuk Putra, tetapi hakim mengambil kira perkhidmatannya selama 30 tahun dalam pasukan polis sebagai faktor pengurangan.
Putra sebaliknya akan kekal dalam penjara sehingga kematiannya. – AFP
