Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Dadah bernilai AS$9.2 juta dirampas

    SYDNEY, 30 MEI – Polis New South Wales (NSW) Australia merampas kira-kira 12 kilogram (kg) heroin dan 16 kg MDMA di Sydney dan mendakwa seorang lelaki atas kesalahan mengedar dadah dan penggubahan wang haram, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan polis NSW, pada 12:15 tengah hari waktu tempatan kelmarin, detektif melaksanakan waran geledah di sebuah unit di John Street, Lidcombe dan menemukan 12 kg heroin, 16 kg MDMA dan 500 gram kokain.

    Dadah yang dirampas dianggar bernilai AU$14 juta (AS$9.2 juta).

    Seorang lelaki berusia 33 tahun turut ditahan dalam serbuan di sebuah hartanah di Molise Street di Prestons.

    Dia didakwa dengan dua pertuduhan membekalkan sejumlah besar dadah terlarang dan berurusan dengan hasil jenayah.

    Lelaki itu enggan diikat jamin dan akan hadir di mahkamah tempatan pada Selasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...