Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Dadah dikesan dalam badan kanak-kanak kritikal

KOTA BHARU, 20 JUN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah dalam badannya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang doktor membuat laporan mengenai kejadian itu pada 5 pagi semalam, selepas mangsa dihantar oleh ibunya berusia 36 tahun untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Katanya susulan kejadian itu, bapa saudara kanak-kanak tersebut berusia 30 tahun yang juga seorang penagih dadah tegar, telah ditahan.

“Pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam badan kanak-kanak tersebut berdasarkan ujian air kencing.

“Susulan itu, kanak-kanak tersebut telah dihantar untuk tindakan lanjut ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana keadaannya yang kritikal,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan awal mendapati ketika dalam jagaan bapa saudaranya, kanak-kanak tersebut dikatakan telah dibawa kemungkinan ke lokasi penagihan dadah. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -