Dadah ditemui dalam perut

BADUNG, Indonesia, 12 Feb – Seorang lelaki Tanzania ditangkap di Bali selepas lebih daripada satu kilogram methamphetamine ditemui di dalam perutnya, kata pihak berkuasa Indonesia hari ini.

Pegawai imigresen di pulau percutian itu yang secara rutin menahan orang asing atas kesalahan dadah berkata mereka menangkap Abdul Rahman Asman di lapangan terbang antarabangsa pada 30 Januari lalu.

Pemeriksaan X-ray dan imbasan CT menunjukkan kira-kira 99 beg plastik yang dipenuhi serbuk putih telah ditemui, kata pihak berkuasa. Puluhan beg dadah itu dipamerkan di meja di pejabat kastam hari ini ketika Asman, 42 ditahan. Tidak jelas jika pendakwa akan menjatuhkan hukuman mati terhadap Asman tetapi Indonesia mempunyai beberapa undang-undang dadah yang paling ketat di dunia, termasuk pelaksanaan hukuman mati oleh skuad penembak. – AFP