Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Seorang lelaki tempatan dikendakan denda $1,200 oleh Mahkamah Majistret, semalam atas pertuduhan memiliki dadah terkawal pada 2014.
Mohammad Yamin bin Yahya, 28, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain kerana memiliki 0.1065 gram methamphetamine pada 17 Mac 2014.
Pegawai Pendakwa Narko-tik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memaklumkan mahkamah bahawa defendan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah diserahkan kepada pegawai narkotik oleh orang ramai pada Mac 2014.
Defendan ketika itu berada di rumah teman wanitanya di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.
Majistret Kanan Lailatul Zubaidah memerintahkan dua bulan penjara ke atas tertuduh jika gagal membayar denda itu.
































