Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah: Lelaki tempatan didenda $5,500

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Seorang lelaki tempatan diberi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Majistret untuk menjelaskan hukuman denda $5,500 yang dikenakan terhadapnya atas pertuduhan memiliki dadah pada 2012.

    Pengiran Eirwan bin Pengiran Haji Abdul Rais mengaku bersalah di hadapan Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman kerana memiliki 16.2067 gram ganja dan 4.2605 gram nimetazepam.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 1 Oktober 2012. Terdahulu, dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili di bawah Seksyen 6(a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 yang membawa hukuman penjara dan denda.

    Jika defendan gagal membayar denda dalam tempoh diberikan, Majistret Azrimah memerintahkannya untuk menjalani hukuman enam bulan penjara. Majistret Azrimah turut memerintahkan defendan untuk menjalani ujian air kencing sebaik sebutan ke atasnya selesai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda