Daesh guna dron kecil serang tentera di Mosul

WASHINGTON, 12 Jan – Militan Daesh didakwa menggunakan dron komersial kecil bagi menyerang pasukan keselamatan Iraq ketika pertempuran di Mosul, kata seorang komander Amerika Syarikat (AS), semalam.

Kolonel Brett Sylvia, bertanggungjawab mengarahkan satu unit ‘penasihat dan bantuan AS di Iraq berkata, Daesh menyertakan peluru kecil bersama dron terbabit dalam usaha membunuh anggota tentera tempatan untuk menawan semula Mosul, kubu terakhir militan terbabit di Iraq.

“Ia adalah dron kecil dilengkapi peluru kecil digugurkan ke arah sasaran,” katanya. Katanya, walaupun peluru itu hanyalah sebesar ‘sebutir bom tangan kecil’, ia sudah cukup untuk melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya.

Sylvia berkata, penggunaan dron kecil oleh Daesh bukan sesuatu yang baharu, walaupun ia pada mulanya digunakan untuk pengawasan. “Mereka kini menggunakannya (dron) untuk menggugurkan senjata ketika tentera Iraq mara ke dalam Mosul,” katanya. – AFP

Gambar fail pada 1 Februari 2014 menunjukkan sebuah dron kawalan jauh ketika dilancarkan di udara. Militan Daesh didakwa menggunakan dron komersial kecil bagi menyerang pasukan keselamatan Iraq ketika pertempuran di Mosul, kata seorang komander Amerika Syarikat (AS), kelmarin. – AFP