Daftar guna kod QR untuk solat Jumaat

KUCHING, 11 JUN – Umat Islam yang berhasrat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri dan Masjid Bandaraya Kuching esok diminta mengimbas kod QR bagi tujuan pendaftaran.

Dalam kenyataannya hari ini, Lembaga Amanah Majlis-Masjid Negeri Sarawak (LAMMNS) berkata mereka boleh berbuat demikian di laman Facebook rasmi LAMMNS.

Peraturan ini dibuat berikutan bilangan jemaah yang dibenarkan hanya 100 orang bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak dan 50 orang bagi Masjid Bandaraya Kuching, demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut LAMMNS, pemilihan jemaah dibuat berasaskan ‘siapa dulu’ selepas permohonan mereka disaring bagi melihat tahap kesihatan dan jemaah terpilih akan dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Para jemaah yang berjaya mendaftar dan terpilih untuk menghadiri solat Jumaat ini dimohon hadir ke masjid dalam tempoh satu jam atau selewat-lewatnya 15 minit sebelum azan,” menurut kenyataan itu. – Bernama