Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Daftar undian bermula

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 8 FEB – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Kiudang dan Ketua Kampung Kiudang dan Pad Nunok secara pandu lalu akan dijalankan pada 18 dan 20 Februari depan.

    Jabatan Daerah Tutong dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, pengundian pada 18 Februari akan dijalankan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Pad Nunok, Mukim Kiudang khusus bagi penduduk Kampung Kiudang dan Pad Nunok serta sekitarnya.

    Manakala itu, 20 Februari pula khusus bagi penduduk Kampung Pengkalan Mau, Bakiau, Batang Mitus, Birau, Kebia dan sekitarnya yang akan dijalankan di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kampung Birau, Mukim Kiudang.

    Oleh yang demikian, penduduk yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap di negara ini, yang tinggal bermastautin di mukim dan kampung-kampung berkenaan serta berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh pengundian adalah dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengundi.

    Kenyataan menyatakan, penduduk kampung boleh mendaftar sebagai pengundi sama ada dengan menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, tablet (offline voting) selain melalui kertas undi.

    Menerusi aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, pengundi boleh mendaftar mulai sekarang dan ditutup pada 8 pagi, 15 Februari bagi penduduk Kampung Kiudang dan Pad Nunok serta sekitarnya dengan pengundian bermula 16 Februari ditutup pada 18 Februari. Manakala itu, bagi penduduk Kampung Pengkalan Mau, Bakiau, Batang Mitus, Birau, Kebia dan sekitarnya, undian ditutup pada 8 pagi 17 Februari. Pengundi menerusi tablet pula hendaklah melengkapi borang daftar pada 17 Februari bagi penduduk Kampung Kiudang dan Pad Nunok serta sekitarnya dan 19 Februari bagi penduduk Kampung Pengkalan Mau, Bakiau, Batang Mitus, Birau, Kebia dan sekitarnya.

    Bagi pengundian menggunakan kertas undi, pengundi boleh mengembalikan borang sebelum pengundian ditutup pada hari pengundian diadakan (18 dan 20 Februari) dengan membawa kad pengenalan masing-masing.

    Bagi undian melalui tablet dan kertas undi, pengundi hendaklah hadir di tempat pengundian dan pemilihan dijalankan.

    Borang daftar pengundi boleh diperolehi dan seterusnya dikembalikan kepada pemangku ketua kampung masing-masing atau di Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong sebelum tarikh majlis pengundian dan pemilihan diadakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...