Dagang FT timba pengalaman

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Dagang FT mencatatkan sejarah daripada kemunculan mereka sejak penubuhan kelab itu selepas menewaskan Ndlala FT dengan kemenangan 4-3, pasukan yang berpangkalan di luar negara, dalam perlawanan persahabatan di Rhino Arena Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohammad Ariffin terbukti menjadi wira buat Dagang FT selepas dia menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut dan mencipta dua hantaran.

Pasukan dari Brunei menurunkan Mohammad Amni bin Mohammad Ali dalam skuad mereka turut berjaya menjaringkan gol menerusi hantaran Mohammad Safiuddin Shah.

Gol kedua pasukan dijaringkan oleh Nadek melalui hantaran Mohammad Ariffin. Mohammad Safiuddin terbukti menjadi salah satu pemain penting buat pasukannya selepas menambah lagi jaringan menerusi hantaran Mohammad Ariffin.

Mohammad Ariffin yang beraksi dengan cemerlang kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk Dagang FT selepas dia menerima hantaran dari rakannya Mohammad Rafi.

Pasukan dari Brunei yang dipimpin oleh ketua jurulatih mereka Mohammad Khairul Hasmi bin Mohammad Ali, mengadakan perlawanan di luar negara merupakan usaha untuk meningkatkan pengalaman kelab bola sepak mereka selain bagi meningkatkan kualiti permainan.

Pasukan Dagang FT dan Ndlala FT ketika perlawanan persahabatan di Rhino Arena Kampung Baru, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Dagang FT