Dagangan Malaysia meningkat pada Nov 2017
KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jumlah perdagangan Malaysia menokok 14.8 peratus kepada RM$157.05 bilion pada November lepas berbanding tempoh sama pada 2016. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyumbang utama pertumbuhan itu adalah perdagangan dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, Hong Kong (Wilayah Pentadbiran Khas), Korea Selatan, Jepun, Kesatuan Eropah


































