Dahi terbakar gara-gara fesyen rambut baharu

RENNES, PERANCIS, 14 SEPT – Seorang lelaki yang mengunjungi sebuah salon rambut Perancis keluar dengan dahi terbakar yang memaksanya mengambil cuti kerja selama seminggu selepas pendandan rambutnya mencuba teknik bakar Mesir yang belum dikuasainya.

Polis berkata pelanggan itu, yang masih merahsiakan identitinya, memfail satu aduan pada minggu lalu selepas menggunting rambut di bandar kecil Lannion di Brittany.

Pendandan rambutnya ‘meletak gel di rambutnya, mengambil pemetik api dan secara tiba-tiba, menya-lakannya di rambutnya. Mangsa panik dan mengalami luka bakar di dahi,” beritahu pegawai polis Daniel Kerdraon kepada AFP.

“Kami terkejut dengan kisah ini, kami tidak faham kenapa dia membakar rambutnya.”

Selepas siasatan, polis mendapati ‘teknik Mesir, yang baru sahaja tiba di Perancis, di mana anda membakar sedikit rambut untuk menjadikannya lebih senang untuk digayakan, lebih untuk rambut pelik,” kata Kerdraon.

Namun pendandan rambut, seorang warga Libya dalam umur 30an, ‘belum lagi menguasai teknik ini.’

Polis mendapati pemilik salon, seorang mekanik, tidak mempunyai diploma profesional, begitu juga tiga pekerjanya. Kerdraon berkata salon itu telah ditutup sementara mereka menyiasat kes tersebut. – AFP