Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Da’i syed bebas tuduhan jenayah seksual

    Dua tahun naik turun mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan (DNNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

    Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, menurut laporan Kosmo. Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

    Sebelum ini, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan (DNNA) mengikut Seksyen 254 (2).

    “Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNNA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)”, kata Norhashimah.

    Menurut Norhashimah perintah DNNA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dia tidak perlu rasa terbeban malah dia dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

    Untuk rekod, Syed Iqmal Shah atau Syed Iqmal Shah Syed Mohammad Shaiful Jamalullail bedepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

    Dalam pada itu, peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan. Biarpun wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

    Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNNA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah seks. – Agensi

    Syed akhirnya dilepaskan daripada dua pertuduhan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...