Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Da’i Syed berazam bersihkan nama

    Pendakwah selebriti Malaysia, Da’i Syed akan terus berjuang bagi membersihkan nama baiknya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.

    Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, berkata, perjuangan tersebut dilakukan demi keluarga selain enggan membiarkan anak perempuannya membesar dalam suasana negatif disebabkan kecaman warganet.

    “Kes ini memang sukar bagi saya, saya perjuangkan sampai ke tahap Mahkamah Tinggi pun bukan untuk orang lain tetapi keluarga, isteri dan anak.

    “Saya tak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih dengan kata-kata orang luar.

    “Jadi saya di sini untuk membersihkan kembali nama saya insya-Allah,” katanya kepada mStar.

    Syed tidak mahu anaknya membesar dengan kata-kata cacian masyarakat. – mStar

    Syed berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan rayuan berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019.

    Berkongsi mengenai keadaan mentalnya, Syed berada dalam keadaan baik namun sebagai manusia biasa dia tetap berasa kecewa dan sedih dengan kecaman orang ramai terhadapnya.

    Bagaimanapun apa lebih penting kata Syed, isterinya iaitu Hana Ismail sangat memahami dan setia di sisi ketika senang mahupun sukar.

    “Alhamdulillah keadaan mental saya okay. Saya pun manusia biasa. Ada masanya saya down dan sedih.

    Syed juga memberitahu ketika ini dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga daripada melakukan perkara sia-sia.

    “Saya banyak habiskan masa dengan anak isteri. Banyak duduk rumah sahaja.

    “Penerimaan keluarga okay. Saya baru balik kampung dan mereka sokong dan mendoakan segala urusan saya dipermudahkan,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda