Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Da’i Syed dituduh lelaki gatal

    Gara-Gara memuat naik video bersama pelakon Anna Jobling, pendakwah selebriti, Da’i Syed, menerima kecaman hingga ada warganet menuduhnya sebagai lelaki gatal.

    Menyedari tidak mampu menutup mulut orang dari terus bercakap, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, menegaskan video berdurasi lapan saat tersebut bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

    “Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah saya juga tidak duduk rapat dengan Anna.

    “Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja yang tidak kena,” katanya kepada mStar.

    Menjelaskan video tersebut hanya sekadar hiburan dan kandungan di media sosial, Syed juga memberitahu ia juga adalah untuk mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Terima Kasih Cinta.

    Enggan memanjangkan isu ini, Syed mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut dan membiarkan sahaja perkara ini diperkatakan.

    Terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan, Syed juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini.

    “Semestinya saya akan lebih berhati-hati apabila berkongsi isu yang menyentuh perkara sensitif sebegini di media sosial,” jelasnya. – Agensi

    Syed enggan memberi komen lanjut mengenai dirinya dikatakan sebagai lelaki gatal. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...