FRANKFURT, Jerman, 26 April – Pembuat kereta Jerman Daimler AG berkata syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berikutan dengan jualan yang memberangsangkan terhadap versi baru sedan Mercedes-Benz E-class dan barisan SUV pengeluar kereta tersebut.
Keuntungan bersih meningkat kepada 2.80 bilion euro (AS$3 bilion) daripada 1.40 bilion euro pada suku tahun sebelumnya. Perolehan meningkat 11 peratus kepada 38.77 bilion euro.
CEO Dieter Zetsche berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pendapatan dan jualan tahun ini meningkat secara ketara.
Jualan kukuh syarikat itu dari penjualan E-Class, telah dimuatkan dengan ciri-ciri canggih dan SUV, masing-masing telah mencatatkan keuntungan.
Pendapatan juga meningkat selepas pelabur baru menyertai usaha pemetaan syarikat dengan pembuat kereta lain dan oleh perubahan kadar pertukaran mata wang. – AP