Daimler rancang kurangkan pekerja

FRANKFURT AM MAIN, 14 NOV – Daimler hari ini berkata mengenai perancangannya untuk mengurangkan pekerjaan bagi menjimatkan lebih 1.0 juta euro (AS$101 juta) menjelang akhir tahun 2022, tatkala pengeluar kereta mewah Jerman itu sedang bergelut dengan kos yang lebih tinggi untuk menghasilkan kenderaan yang lebih hijau.

Pembuat Mercedes-Benz juga turut mengalami situasi yang sama berikutan dengan pasaran global yang perlahan dan denda 870 juta euro kerana menjual kenderaan yang belum disahkan oleh undang-undang had pelepasan.

“Menjelang akhir tahun 2022, pengilang Mercedes-Benz merancang untuk menjimatkan lebih 1 juta euro dalam kos kakitangan.

“Untuk tujuan ini pekerjaan akan dikurangkan,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu tidak menyatakan berapa banyak pekerjaan yang akan dikurangkan secara keseluruhan di bahagian kereta – Pekerja kereta dan van Mercedes-Benz menggaji seramai 175, 000 orang di seluruh dunia.

The Sueddeutsche Zeitung minggu lalu melaporkan, memetik e-mel yang dihantar kepada kakitangan oleh badan kumpulan kerja sebagai berkata bahawa Daimer akan mengurangkan 1,100 kerja-kerja pengurusan di seluruh dunia. – AFP