Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Dain kembali dengan Harum Malam

    Selepas kejayaan Bunohan, Dukun dan Interchange, pengarah filem prolifik, Dain Said, kembali dengan karya genre seram berjudul Harum Malam.

    Harum Malam yang menampilkan Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein bakal menjengah pawagam pada 9 Februari tahun depan.

    Turut membintangi filem terbabit adalah pendatang baharu Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

    Dain yang kali terakhir mengarahkan filem seram Dukun menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai teraju utama hingga membolot anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019, mengakui tidak sabar menantikan maklum balas penonton.

    “Saya tidak sabar untuk Harum Malam bertemu peminat filem tempatan terutama mereka yang menggemari filem genre seram,” katanya.

    Dukun yang ditayangkan pada 2018 muncul antara lima filem seram pecah panggung dengan kutipan kira-kira RM10 juta.

    Harum Malam berkisar pergelutan hidup remaja dan pelatih perubatan tradisional, Iqbal yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia.

    Keupayaan luar biasanya itu menyebabkan Iqbal sering diganggu makhluk halus serta berdepan ancaman alam ghaib.

    Iqbal juga sukar membezakan antara realiti dan ghaib.

    Pada suatu hari, berlaku kejadian yang menyebabkan rakan dan keluarganya terdedah dengan makhluk ghaib berbahaya. – Agensi

    Filem Harum Malam berkisar pergelutan hidup remaja dan pelatih perubatan tradisional, Iqbal yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...