Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Daiyan penat layan gosip cinta

    Asal saja tersebar foto mesra bersama lelaki, pasti timbul spekulasi sedang menjalinkan hubungan cinta.

    Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha pernah dikaitkan dengan Aedy Asyraf, gara-gara dilihat menyaksikan Konsert Coldplay di Stadium Wembley, London, United Kingdom (UK) bersama pada September, tahun lalu.

    Baru-baru ini, melalui perkongsian video sempena hari jadi Daiyan oleh personaliti media sosial, Nazreem Musa di TikTok, Daiyan sekali lagi digosipkan dengan abang kepada pelakon Ummi Nazeera itu.

    Ramai merestui apabila melihat keakraban Daiyan dan Nazreem sehingga meninggalkan komen mendoakan agar mereka bertemu jodoh. Barangkali, sudah faham dengan sepak terajang dunia seni, wanita kelahiran Bangi, Selangor itu tidak sedikit melatah apabila dituduh menyembunyikan hubungan istimewa.

    Ujar penyanyi lagu Penat itu, dia sudah lali apabila sering dikaitkan dengan individu tertentu.

    Daiyan mengaku sudah lali apabila sering dikaitkan dengan individu tertentu. – Agensi

    Mungkin, kata Daiyan, disebabkan status masih solo jadi warganet gemar ‘kenen-kenen’ dengan lelaki yang rapat dengannya.

    “Nazreem adalah kawan baik. Saya tidak faham macam mana boleh timbul spekulasi kami bercinta. Kami sudah tiga tahun saling mengenali.

    “Saya yakin ramai tahu hubungan saya dengan Nazreem terutama teman-teman. Jadi, saya memilih tidak komen lanjut mengenai perhubungan kami,” katanya kepada BH Online.

    Walaupun faham dengan ‘permainan’ dunia seni, namun ada kalanya Daiyan mula penat menepis gosip cinta.

    “Ada kalanya penat juga. Sebab saya masih belum berkahwin, jadi peminat suka mengaitkan saya dengan orang itu dan ini,” katanya.

    Berbicara perjalanan kerjaya sepanjang 2022, wanita berusia 29 tahun itu bersyukur banyak impian berjaya direalisasikan. Antaranya, memiliki kediaman jenis banglo dan mula menempa nama di peringkat antarabangsa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...